Terkejut Anak Belanja RM10,000 untuk Beli Permainan Video – Zarina Zainuddin

Siapa yang tak terkejut bila wang simpanan RM10, 000 habis digunakan untuk membeli permainan video. Itulah yang berlaku kepada Pelakon Zarina Zainuddin apabila anak bongsunya Adam, membelanjakan wang berjumlah RM10, 000 hanya untuk membeli tiga permainan video.

“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu lesap. Adam mengaku dia membeli 3 permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” beritahu Zarina.

Terdahulu beliau memuat naik video yang menunjukkan Adam mengaku kesalahannya itu, namun memadamkan semula akibat ramai netizen mempertikaikan kerana boleh memalukan anaknya itu.

Ini boleh menjadikan pengajaran kepada ibu bapa diluar sana agar sentiasa mengawasi tingkah laku anak anak mereka. Jangan terlalu manjakan anak, ajar mereka berbelanja dengan berhemah, sedarkan mereka bukan mudah untuk mendapatkan duit.

Leave a Reply

%d bloggers like this: