Food Bank YaPEIM 2.0, Benda Baik Tetapi Tidak Pula Diviralkan

Anda kenal keluarga yang memerlukan bantuan? Tapi sukar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka atas faktor jarak dan SOP. Jangan risau YaPEIM Food Bank boleh membantu anda.

Program food bank ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan lebih kurang 180,000 orang telah disantuni, tetapi ia tidak begitu popular di mata masyarakat. Objektifnya adalah bertujuan untuk membantu golongan B40, golongan pelajar, dan juga mereka yang memerlukan dengan membekalkan keperluan makanan yang sedia untuk dimakan dan juga makanan asas yang lain ‘dry food’.

Program ini telah ditambah baik dengan mewujudkan Food Bank 2.0, melalui program ini orang ramai boleh memberi sumbangan dengan membeli barangan keperluan yang disediakan pasar raya YaPEIM, dan pihak YaPeim akan mengagihkan kepada golongan sasaran.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh melayari laman web YaPEIM untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: