RM300,000 Telah Disalurkan Kepada Setiap Ahli Parlimen untuk Program Bakul Makanan – PM

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, sebanyak RM 300,000 telah disalurkan kepada setiap ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen pembangkang untuk Program Bakul Makanan di kawasan masing-masing.

Ini adalah susulan dari Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri baru baru ini. Setiap seorang ahli Parlimen diperuntukan RM 300,000 untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing yang terlesan akibat Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Diharapkan setiap Ahli Parlimen, Yang Berhormat, Ketua-ketua Kampung, para AJKK sila lah turun padang mengesan penduduk kawasan yang memerlukan. Disamping itu setiap orang ahli masyarakat juga perlu lebih cakna dan melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya mengetahui ada penduduk di kejiranan masing-masing yang memerlukan bantuan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: