Ebit Lew Kongsikan Nombor Telefon untuk Bantuan Barang Dapur Seluruh Malaysia

Walaupun masih dalam tempoh kuarantin, Ebit Lew yang baru tiba daripada Misi Bantuan di Gaza Palestin tidak boleh berdiam diri apabila mendengar ramai orang yang terkesan sehingga ada yang bunuh diri akibat tertekan dengan pandemik Covid-19 ini.

Beliau melancarkan program bantuan barangan dapur untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau mendedahkan nombor telefon yang boleh dihubungi di setiap negeri. Orang ramai yang ingin memohon bantuan boleh menghubungi nombor yang diberikan. Kata beliau, Team Kasih Umat di seluruh negeri akan menghantar bantuan setakat yang termampu, bermula esok.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: