Ebit Lew Telah Selamat Pulang Ke Tanah Air

Setelah lebih kurang satu bulan berada di luar negara, Pendakwah terkenal negara Ustaz Ebit Lew telah selamat pulang ke Malaysia semalam.

Beliau yang sebelum ini bersama kumpulannya membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin telah dilaporkan tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat tajaan Turki Airlines.

Kini mereka telah dihantar untuk menjalankan perintah kuarantin di tempat yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan kkm, terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Malaysia di Mesir”

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: