Dr Zul Umumkan TeLe Bantuan Yadim, Hanya WhatsApp untuk Mohon

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Haji Zulkifli bin Mohammad Al Bakri mengumumkan satu lagi inisiatif terbaru dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dr. Zul mengumumkan Tele Bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yadim yang baru dilancarkan semalam di seluruh Malaysia.

Melalui program ini pemohon hanya perlu memberikan Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat dan Nombor Telefon ke whatsapp 013-2920214.

Menurut Dr Zul lagi, daripada Mac 2020 sehingga June 2021 agensi agensi kerajaan di bawah jabatan beliau telah mengagihkan sejumlah RM 0.5 Billion bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan ini diberikan dalam pelbagai bentuk, seperti wang tunai, bank makanan, dana perniagaan, latihan kemahiran serta lain lain.

Sekiranya bermanfaat sila kongsi, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: