Lelaki ini Kongsikan 6 Tips Cara untuk Kenal Durian Musang King

Musim Durian kembali lagi, walaupun dalam musim PKP tidak ada tanda tanda menunjukkan harga Raja Buah itu akan turun.

Musang King adalah jenis durian yang paling popular dan digemari oleh penduduk Malaysia, walaupun harga boleh mencecah ratusan ringgit sebiji ia tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Viral di aplikasi Tik Tok seorang lelaki yang menggunakan akaun bernama @datomichaellim_oe memberitahu tips dan cara untuk mengenali perbezaan durian Musang King dengan durian biasa.

1. Mempunyai bulatan yang besar dekat atas tangkalnya.

2. Bahagian bawah ada bentuk bintang (star).

3. Jarak antara duri sedikit jauh.

4. Isi berwarna kuning

5. Isi dan baunya lebih kuat.

6. Mempunyai biji yang nipis.

Selain harganya yang bersifat ‘kayangan’ itu adalah cara cara untuk mengenali jenis durian Musang King, semoga pengemar durian boleh menggunakan tips ini untuk memilih durian yang baik semasa membeli dan juga bagi mengelakkan ditipu.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Tik Tok

Leave a Reply

%d bloggers like this: