PM Masih Belum Keluar Hospital, Doakan Supaya Perdana Menteri Cepat Sembuh

Umum kita semua mengetahui Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin telah dimasukkan ke hospital pada 30 June yang lalu akibat sakit ‘Diaheria’.

Menurul kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh hari ini, YAB Perdana Menteri masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

Atas nasihat pihak Doktor, PM dinasihatkan untuk terus berada di hospital untuk menerima rawatan antibiotik intravena.

Walaupun begitu, Perdana Menteri berada di dalam keadaan stabil dan bertambah baik, Tan Seri Muhyidin Yassin juga dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari lagi. Perdana Menteri juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan akan kesihatan beliau.

Leave a Reply

%d bloggers like this: