10 Individu Terkaya Di Malaysia 2020

Tan Sri Robert Kuok, 97 tahun, taikun gula negara itu sekali lagi dinobatkan sebagai orang paling kaya di Malaysia pada tahun 2020 dengan kekayaan mencecah RM 50.1 Billion.

Tempat kedua ialah Tan Sri Quek Leng Chan, seorang ahli perniagaan dan pengasas Hong Leong Financial Group. Jumlah kekayaan dianggarkan bernilai RM 42.7 Billion.

Ditangga ketiga jatuh kepada Koon Poh Keong dan Adik Beradik. Manakala ditangga keempat seorang ahli perniagaan telekomunikasi negara iaitu Tan Sri Ananda Khrisnan dengan kekayaan dianggarkan bernilai RM 26.6 Billion.

Ditangga ke lima Teh Hong Piow, ditangga ke enam Lee Yew Chor dan Yeow Seng. Seterusnya di tempat ke tujuh Kuam Kan Hon dan di tempat ke lapan Lim Wee Chai, tangga ke sembilan Chen Lip Keong dan di tempat ke sepuluh Tan Yu Yeh dan Yu Wei.

Manakala Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary salah seorang usahawan Melayu yang berjaya, berada di kedudukan ke 18 senarai individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan RM 5.5 Billion.

Antara nama lain ialah Tan Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik kepada syarikat Weststar itu ditangga ke 32, manakala Pengerusi Ambank, Tan Seri Datuk Azman Hashim berada di tangga ke 40 senarai individu terkaya di Malaysia.

Daripada 50 orang senarai individu paling kaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes itu hanya terdapat tiga orang sahaja berbangsa Melayu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: