Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi releven – TMJ

Menerusi hantaran di Facebook ‘HRH Crown Prince of Johor’ Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejer Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menitahkan Menteri Besar Johor agar Kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Tunku Ismail, statistik menunjukkan kes harian Covid-19 masih tinggi, pendekatan mengurung rakyat dirumah sudah tidak lagi releven. Rakyat sudah dikurung dirumah hampir dua bulan bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal.

Tunku Mahkota juga mengesa penggunaan ‘rapid test kit’ dan test peribadi perlu dipercepatkan dan digunakan secara meluas untuk sektor sektor yang penting.

Selain itu, Tunku Mahkota Johor juga menitahkan agar proses vaksinasi untuk Bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: