‘7,654’ Kes Baharu, Makin Naik, Tiada Tanda-Tanda Akan Reda.

“Kes positif baharu harian pada hari ini adalah 7,654 kes. Kali terakhir kes positif harian mencecah angka 7,000 adalah pada 5 Jun 2021” Daripada Page Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nampaknya tidak ada tanda-tanda kes harian Covid-19 akan turun. Mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara PPN yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin sebelum ini sekiranya kes harian tidak berada dibawah 4,000 maka Perintah Kawalan Pergerakan PKP akan diteruskan dan kita tidak akan berganjak ke fasa dua PPN.

Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu dengan jumlah kes harian sebanyak 3,260 kes, dikuti oleh 1,550 kes dan Negeri Sembilan dengan 698 kes. Manakala negeri negeri lain kes harian agak terkawal.

Manakala 6 negeri telah beralih ke fasa dua iaitu Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang. Banyak operasi perniagaan dibenarkan bagi negeri yang memasuki fasa kedua PPN antaranya seperti kedai gunting rambut.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook KKM

Leave a Reply

%d bloggers like this: