Barangan Makanan di Food Bank Habis Di ‘Sapu’

“Hi lampu, nasib baik lah engkau panas kalau tak dengan engkau sekali aku sapu” begitulah lebih kurang dialog Sudin dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk, arahan Allahyarham P. Ramlee.

Viral video yang berdurasi lebih kurang 1 minit gelagat tiga orang yang mengambil hampir semua bekalan makanan yang disediakan sebagai Food Bank.

Ramai netizen yang mengecam tindakan mereka yang mengambil banyak barangan makanan dari Food Bank tersebut. Seperti yang semua tahu Food Bank disediakan untuk mereka yang sangat memerlukan, dan barangan hanya boleh diambil setakat yang diperlukan sahaja.

Namun ada juga Netizen yang menyarankan agar semua bersangka baik, mungkin mereka betul sangat memerlukan dan mereka mempunyai keluarga yang besar.

Walau bagaimanapun, lokasi dan bila masa video itu dirakam tidak dapat dipastikan.

Inisiatif meletakkan Food Bank sangat lah baik, namun ia juga perlu dipantau agar tidak ada yang disalah gunakan. Orang ramai jugak digalakkan untuk menggunakan kemudahan Food Bank ini dengan berhemah, guna kemudahan ini sekiranya betul perlu dan ingat ramai lagi orang lain yang juga memerlukan.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: