Pohon Doakan Buat Ayah Saya, Ayah Cancer Tahap Akhir, Menanti Hari… – Ustaz Ebit Lew

Sayu dan pilu itulah yang dapat digambarkan perasan Pendakwah Terkenal Ustaz Ebit sekarang. Ayah beliau sekarang masih dirawat di Hospital akibat cancer perut tahap empat.

Beliau memohon orang ramai agar memohon doa untuk kesihatan ayahnya “Pohonkan doa untuk ayah saya ya, Dr kata cancer perut last stage. Menanti hari, cancer dah merebak dekat semua, semoga Allah mudahkan untuk ayah saya”

Besar betul dugaan yang dihadapi oleh Ebit Lew. Beliau berkata disaat ayahnya masib boleh bercakap, ayahnya berpesan agar meneruskan usaha membantu orang ramai.

Sekiranya ada pahala untuk sedikit amalan baiknya, beliau ingin hadiahkan kepada bapanya. Beliau juga memohon agar di hilangkan sakit bapanya.

Semakin hebat seseorang itu semakin besar jugak lah ujian yang dihadapinya. Semoga Ebit Lew tabah menghadapi dan semoga dipermudahkan segala urusan bapanya.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: