Tindakan Spontan Pegawai Polis Memperlahankan Kenderaan Jenazah Menjadi Viral

Tular satu video yang menunjukkan kereta peronda polis yang mengiringi van jenazah mangsa Covid-19 memperlahankan kenderaan ketika melalui rumah keluarga jenazah.

Ketua Unit Peronda (MPV) IPD Daerah Bentong, ASP Mohd Mustafa tindakan beliau memperlahankan kenderaan atas rasa simpati dan ihsan sesama manusia itu tular di media sosial.

Tindakan beliau memperlahankan kenderaan semasa melalui rumah mangsa semasa perjalanan menghantar jenazah dari Hospital Bentong ke Tanah Perkuburan di Janda Baik itu, bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli keluarga jenazah melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

“kurang satu kilometer dari tanah perkuburan saya melihat ada ramai orang menunggu ditepi jalan sebuah rumah, terus terdetik dihati saya ini adalah rumah keluarga arwah. Automatik saya rasa perlu perlahankan kereta agar mereka boleh melihat arwah walaupun hanya dari dalam van jenazah”

“Oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Covid-19 yang ketat, kenderaan tidak dibenarkan singgah di rumah dan jenazah perlu terus dibawa ke Tanah Perkuburan.

Jenazah adalah merupakan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia akibat Covid-19. Video yang berdurasi satu minit itu ternyata menyentuh hati semua yang menonton.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: