Isu Pekebun Durian Musang King: Pasukan Gerakan Am (PGA) Dihantar ke Raub Jaga Ketenteraman

Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dikerahkan untuk menjaga keamanan di Daerah Bentong berikutan kekecohan yang terjadi diantara pekebun durian dan penguatkuasa.

Kekecohan terjadi apabila Pejabat Tanah daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang melakukan operasi memusnahkan pokok durian yang ditanam secara haram ditanah milik kerajaan.

Beliau mengesa semua pihak yang terlibat agar bertenang, dan mengikut saluran undang undang yang betul untuk melakukan sebarang bantahan.

Menurut beliau lagi pihak PGA berada disana untuk menjaga keselamatan mereka yang menjalankan tugas, dan tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang cuba melakukan kekecohan.

Isu pekebun durian ini menjadi tular berikutan viral video yang memaparkan beberapa individu cuba menghalang tugas penguatkuasa. Disamping itu ada tetdapat beberapa ahli politik juga terlibat dan cuba menganggu tugas penguatkuasa di sana.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: