Sebiji Durian ‘Black Thorn’ Dijual Dengan Harga RM360

Jangan terkejut, tapi itulah hakikatnya memang sesuai sangat lah dengan gelarannya ‘Raja Buah’.

Sebiji durian ‘Black Thorn’, atau durian Duri Hitam yang seberat hanya 3.6kg dijual dengan harga RM360.

Walaupun dengan harga yang begitu masih ada ramai yang membelinya. Mungkin kerana rasanya, atau kerana harganya membuatkan ada yang terpikat untuk membelinya.

Black Thorn atau gelarannya D200 menjadi durian yang paling mahal dalam pasaran, mengalahkan durian Musang King dan Udang Merah.

Pangsa yang banyak

Durian Duri Hitam mempunyai rasa lemak manis, dan meninggalkan sedikit rasa pahit selepas memakannya. Buahnya sedikit bulat, mempunyai pangsa yang banyak, isi berwarna kuning keemasan. Selain itu, ia tidak mengeluarkan bau aroma yang kuat.

Harga pasaran untuk durian Black Thorn ialah sekitar RM 100 hingga RM 200 sekilogram. Dengan nilai yang begitu admin memang mampu tapi hanya dalam mimpi untuk merasainya 😅

RM100/Kg

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Ezy Durian

Leave a Reply

%d bloggers like this: