Terkini: Ismail Sabri, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut laporan dari Bernama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan mengantikan Ismail Sabri.

Menurut kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu bertujuan untuk membantu Perdana Menteri menguruskan Pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Manakala pelantikan Hishammuddin akan membantu Perdana Menteri dalam perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara PPN.

Berita selanjutnya akan menyusul

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: