Euro 2020, England Berjaya Ke ‘Final’ Selepas 55 Tahun

Penantian para peminat England untuk menyaksikan pasukan mereka menjadi Juara Bolasepak Eropah mungkin bakal menjadi kenyataan,

Ini selepas England berjaya layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Denmark 2-1 pagi tadi.

‘Its Coming Home’ begitulah sorakan dan nyanyian para peminat di stadium apabila pasukan mereka berjaya layak ke perlawanan akhir kejohanan antarabangsa sejak kali terakhir pada tahun 1966.

Pada perlawanan tersebut Denmark terlebih dahulu membuka jaringan, kemudian England menyamakan kedudukan oleh jaringan sendiri pemain Denmark.

Perlawanan di bawa ke masa tambahan apabila kedudukan terikat 1-1 sehingga ke minit ke 90 permainan. Disitulah hadirnya Hary Kane sebagai wira England apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil pada masa tambahan tersebut.

Pada perlawanan akhir nanti England akan bertemu Itali yang sudah layak lebih awal apabila menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti semalam.

Apakah Piala Kejohanan Bolasepak Eropah kali ini akan kembali ke bumi England, atau impian mereka bakal berakhir ditangan Azzurri.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: