Selamat Datang ke ‘Dhaka’ Meru, Klang Selangor

Viral photo photo pendatang asing yang keluar beramai ramai untuk membeli barangan keperluan di sebuah kawasan perumahan di Meru Klang. Namun begitu, tidak dapat dipastikan bila sebenarnya photo ini di ambil, samada semasa tempoh PKP atau sebelum.

Tetapi ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi warganet, mereka mempersoalkan mengapa pekerja pekerja asing ini bebas keluar beramai ramai seakan ada ‘majlis keramaian’ sedangkan penduduk tempatan diarahkan berkurung dirumah mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebenarnya bagi penduduk setempat, pemandangan sebegini adalah sesuatu yang biasa bagi mereka. Kerana jumlah warga asing yang tinggal disini adalah sangat ramai. Rumah rumah di kawasan ini kebanyakannya disewa oleh pekerja asing yang bekerja di kilang kilang di sini.

Tetapi bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini, ia adalah sesuatu yang menakutkan. Datang ke sini seolah olah kita berada bukan di Malaysia, sebaliknya seperti berada di perkampungan di India atau di Bangladesh.

Kehadiran pekerja asing yang ramai disini sepatutnya boleh membantu peniaga peniaga tempatan tetapi sebaliknya yang berlaku. Apabila ada diantara mereka yang membuka sendiri pelbagai jenis kedai, seperti kedai runcit dan kedai accessories telefon.

Kehadiran ramai warga asing yang terlalu ramai disini menimbulkan kegusaran bagi sesetengah penduduk di sini. Mereka mengesa pihak berwajib agar mengawal perkara ini kerana khuatir mungkin akan terjadi perkara perkara yang tidak diingini.

Sila kongsi, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: