UMNO Menarik Balik dan Menamatkan Sokongan Kepada Perdana Menteri

Keputusan Perdana Menteri melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan melantik Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan semalam tidak membantu untuk mengekalkan sokongan UMNO kepada beliau.

Ini berikutan keputusan mesyuarat MKT UMNO malam tadi telah memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Menurul Ketua Pemuda Umno, Dr. Asyraf Wajdi yang memuat naik di halaman Facebooknya, keputusan ini diambil setelah beberapa kali Tan Seri Muhyidin membuat keputusan dengan membelakangkan Umno.

Selain itu, Dr. Asyraf juga memberikan tujuh alasan kenapa keputusan itu dibuat.

Didalam mesyuarat MKT UMNO semalam juga memutuskan untuk tidak akan sesekali menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menyokong kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH.

Walaubagaimanapun, kedudukan Perdana Menteri mungkin akan dapat diketahui apabila Parlimen Kembali bersidang pada hujung bulan Julai ini.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Fb Dr Asyraf Wajdi

Leave a Reply

%d bloggers like this: