Netizen Pelik, Kenapa Wanita Ini Menyusup Masuk ke Kawasan PKPD, Kini di Cari Polis.

Polis sedang mengesan seorang wanita yang menyusup masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD.

Wanita tersebut berjaya melolosi pagar kawad berduri yang diletakkan di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat PPR di Bukit Angkasa, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Anuar Omar berkata pihaknya melakukan siasatan setelah tular video yang menunjukkan seorang wanita melepasi pagar kawad berduri untuk masuk ke kawasan perumahan tersebut.

Hasil siasatan pihak polis mendapati wanita yang dipercayai tinggal di Puchong itu datang untuk melawat nenek beliau yang tinggal di perumahan tersebut.

Video wanita tersebut yang nekad melepasi kawad berduri mendapat perhatian daripada warganet, ada yang hairan sedangkan orang lain mahu lari meninggalkan kwsan PKPD tetapi sebaliknya bagi wanita itu, masing-masing meninggalkan pelbagai komen ada yang agak melucukan.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: