Uncle Kentang Kecewa Dituduh Aibkan ‘Puan Sri’

Kuan Chee Heng atau lebih popular dengan nama gelaran Uncle Kentang Kecewa apabila dia dikaitkan dengan tuduhan mengaibkan seseorang.

Aktivis sosial itu yang banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan dalam masyarakat dan pernah menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II atas kerja kerja amalnya.

Beliau berkata, tidak menyangka dituduh sedemikian. Sehingga seorang yang digelar ‘Puan Sri’ menuduhnya dengan sengaja menghebohkan tentang orang susah di kawasan bawah jagaan wanita tersebut.

Wanita tersebut merasa tercabar, apabila ada lagi penduduk yang meminta bantuan makanan kepada beliau, dan menuduh beliau cuba mengaibkan wanita tersebut.

Menurut Uncle Kentang, beliau hanyalah memberi bantuan bakul makanan di kawasan Projek Perumahan Rakyat PPR tersebut apabila ada penduduk disitu yang memerlukan.

“Bila ada orang minta makanan di kawasan beliau, wanita itu rasa tercabar dan terus menuduh saya cuba mengaibkannya. Wanita itu berkata dia sudah bagi semua orang makanan di bloknya, kata Uncle Kentang.

Namun begitu, beliau tidak menafikan wanita itu dan AJK disitu juga banyak memberikan bantuan kepada penduduk disitu. Tetapi menurut Uncle Kentang masih ada yang meminta bantuan mungkin mereka dari keluarga yang besar.

Kata beliau lagi “kita perlu husnuzum, kalau ada orang datang bantu mereka yang susah, kita perlu cari pintu mana yang terkandas dan bantu”

Beliau menambah, tidak tercalar sedikit pun kehandalan makcik AJK dan kehebatan makcik menjaga kawasan memang terpuji dan paling cemerlang.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: