Coppa America, Lionel Messi akhirnya Menjulang Trofi Bersama Argentina.

Penantian Lionel Messi untuk memenangi kojohanan bolasepak peringkat antarabangsa bersama Argentina akhirnya tercapai, apabila mereka berjaya mengalahkan Brazil pada perlawanan akhir Piala Coppa America pagi tadi.

Jaringan cantik oleh Angel Di Maria pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk memberikan kemenangan yang amat berharga buat Argentina.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat permainan menyaksikan badi kekalahan kepada Brazil akhirnya dapat dihapuskan.

Messi yang mengecapi pelbagai anugerah dan kejayaan bersama Barcelona dilihat selalu tidak bernasib baik bersama Argentina, mereka yang sebelum ini pernah 4 kali kalah pada peringkat akhir.

Kemenangan yang sangat berharga buat Messi, membolehkan beliau berada setanding dengan pemain bolasepak yang lain seperti Neymar dan Ronaldo.

Kongsi, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: