Hari Ini Genap 30 Tahun Allahyarham Mokhtar Dahari Meninggalkan Kita

Tangga 11, Julai 2021 genaplah 30 tahun Allahyarham Mokhtar Dahari Meninggalkan kita.

Suatu kehilangan yang begitu besar buat negara dan juga kepada peminat bolasepak seluruh Malaysia. Nama yang cukup gah sebagai seorang pemain bolasepak yang terbaik pernah wujud dekat negara ini.

Keratan Akhbar

Supermokh adalah nama jolokan yang diberikan kerana kehebatan lagenda ini diatas padang, kekuatan dan ketangkasan beliau dalam menjaringkan gol.

Beliau antara pemain terbaik di Asia pada ketika itu, memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Asia pada tahun 1975.

Terbaru Persekutuan Bolasepak Dunia FIFA mengiktiraf Supermokh sebagai antara penjaring terbanyak, iaitu tempat ke tiga di belakang pemain Christian Ronaldo dari Portugal dan Ali Daei dari Iran. Beliau juga antara pemain yang tersenarai dalam ‘FIFA Century Club’.

Legenda ini juga pernah beraksi melawan Legenda Dunia Diego Maradona di stadium Merdeka semasa kunjungan Boca Juniors ke Malaysia pada tahun 1982.

Bersalaman dengan Diego Maradona

Semasa beraksi bersama Selangor, beliau membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia sebanyak 10 kali. Beliau menjaringkan 177 gol bersama Selangor.

Bersama skuad kebangsaan beliau telah menjaringkan sebanyak 89 gol sepanjang 142 aksi perlawanan. Rekod yang sangat sukar di atasi oleh mana mana pemain kebangsaan sehingga ke hari ini.

Menjulang Piala Malaysia

Perginya memang tiada ganti, mari kita berdoa agar Arwah Mokhtar Dahari tenang disana, Al Fatihah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: