Kes Covid-19 Memuncak, Kesesakan Teruk Di CAC Stadium Malawati Shah Alam

Lebih kurang 4,000 orang hadir ke Pusat Penilaian Covid CAC di stadium Malawati hari ini. Jumlah yang ramai tersebut mengundang kesesakan di pusat CAC tersebut.

Mereka yang hadir terdiri dari pelbagai peringkat usia, orang tua warga emas, kanak kanak, bayi, juga dilihat berbaris panjang untuk menunggu giliran.

Di laporkan, mereka terpaksa berbaris panjang di tengah panas mentari sehingga ada yang sampai menunggu sehinga ke 10 jam.

Kanak kanak, bayi dan warga emas turut berbaris

Bekalan makanan dan minuman juga dilaporkan tidak mencukupi untuk diagihkan kepada orang ramai yang hadir.

Lebih menyedihkan ramai yang datang adalah mereka yang sedang sakit. Ada yang pesakit yang sedang berbaris dilihat rebah dan kelihatan para petugas bergegas membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan.

Kebanyakan yang datang adalah untuk membuat pemeriksaan samada mereka terpaksa kuarantin di rumah atau di hospital dan dipakaikan gelang pink, ada juga yang datang untuk memotong gelang yang dipakai.

Sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: