Dato Seri Vida Mohon Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia

Sebelum ini viral isu mengenai Dato Seri Vida yang membuat kenyataan mengenai kempen mengibarkan bendera putih yang disalah ertikan

Pengasas barangan kosmetik terkenal itu berkata, teguran itu diberikan ikhlas untuk menggalakkan orang ramai supaya berusaha dan jangan malas. Namun mungkin cara teguran yang sedikit kasar itu menyebabkan ramai yang salah faham sehingga menimbulkan kontroversi.

Dato Seri Vida berkata, beliau tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan orang ramai, sekiranya ada yang terkasar atau terkeliru beliau memohon maaf.

Video permohonan maaf itu dimulai dengan bacaan Surah Al Quran oleh beliau, beliau turut menggalakkan supaya orang ramai rajin berusaha untuk memajukan diri. Selain itu, Dato Seri Vida juga mengesa supaya orang ramai jangan selesa dengan keadaan sekarang, sekiranya susah ada orang yang akan hantar bantuan.

Beliau juga mengesa supaya orang ramai jangan malas dan selalu berfikiran positif, beliau berikan contoh seperti menggantikan pampers pakai buang dengan kain lampin yang boleh dicuci semula.

Di dalam video tersebut juga Dato Seri Vida melancarkan program Usaha Jangan Malas dengan menganjurkan peraduan video kreatif dengan hastag usahajanganmalas. Hadiah berupa wang tunai yang akan diumumkan pada 17 Julai ini.

Rata rata komen dari pengikut beliau di Instagram memuji usaha yang dilakukan oleh Dato Seri Vida, namun tidak kurang ramai juga yang mengecam.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini

Leave a Reply

%d bloggers like this: