#Justice4Bella Yusuff Azmi Gesa Polis Ambil Tindakan Segera

Hastag #Justice4Bella menjadi trending di media sosial beberapa hari ini.

Ini adalah disebabkan oleh seorang kanak kanak orang kurang upaya (OKU) dipercayai didera. Adik Bella merupakan seorang kanak kanak istimewa Down Syndrome yang berusia 13 tahun dipercayai didera dengan teruk.

Dalam pada itu, saudara Yusuff Azmi dalam kenyataannya mengesa agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan kepada pelaku yang bertanggungjawab mendera Adik Bella.

Isu ini tiba tiba mendapat perhatian umum apabila diviralkan oleh seorang Aktivis Masyarakat, iaitu Puan Mona Din. Beliau yang juga merupakan penjaga kepada seorang anak Syndrome Down berasa terpanggil untuk meviralkan kes ini disebabkan tidak sanggup melihat Adik Bella diperlakukan dengan sedemikian rupa.

Sebelum ini anak Syurga ini dijaga dengan baik di Rumah Kebajikan Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah. Kemudian dia telah diambil untuk dijaga oleh seorang pengasas rumah kebajikan di sini.

Walaubagaimanapun, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mendera Adik Bella masih belum terjawab. Walaupun ada yang mengaitkan dengan individu tertentu, seorang ahli politik dan juga pengasas rumah kebajikan namun semuanya masih dalam siasatan pihak polis.

Difahamkn kecederaan yang dialami oleh Adik Bella pada tahap ‘3rd degree burn’ jika dibiarkan ia boleh mengancam nyawa.

Tidak dapat digambarkan kesakitan yang dialami oleh anak Syurga ini. Siapapun pelakunya, ia adalah perbuatan yang kejam dan harus dihukum dengan setimpal.

Sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: