Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijah

Bulan Zulhijah ialah bulan terakhir dalam kalendar takwin hijrah. Pada bulan ini juga umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Antara kelebihan bulan Zulhijah ialah, pada hari ke 10 umat islam akan menyambut Hari Raya Haji.

Ibadah Haji juga dilakukan pada bulan ini, walaupun kali ini negara kita tidak dibenarkan untuk menghantar rombongan untuk melakukan ibadah tersebut, tetapi banyak lagi ibadah yang boleh dilakukan pada bulan Zulhijah.

Melakukan amalan soleh semasa 10 hari pertama di bulan Zulhijah pahalanya lebih besar daripada berjihad.

“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai¬†Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?, Nabi menjawab: “Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun.” Hadis Sohih Al-Bukhari.

Betapa besarnya fadhilat 10 hari pertama pada bulan Zulhijah ini dapat dilihat dengan banyaknya amalan yang dianjurkan untuk diamalkan oleh umat islam pada bulan ini.

Antaranya kita digalakkan untuk berpuasa, Hafsah berkata Empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah: Puasa ‘Asyura, puasa sepuluh hari (di Bulan Zulhijjah), puasa tiga hari dalam setiap bulan dan dua rakaat sebelum Subuh. – Hadis Riwayat An Nasai.

Kita juga diseru untuk bertakbir dah bertahmid memuji kebesaran Allah SWT pada hari Raya Aidiladha. Selain itu kita digalakkan untuk perbanyakkan bersedekah, membaca Al Quran dan melakukan amalan soleh yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen.

Leave a Reply

%d bloggers like this: