Parti ‘Pejuang’ Ditubuhkan Kerana Orang Melayu Berpecah Belah – Tun Mahathir

Parti Pejuang Tanah Tanah Air atau Pejuang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad.

Parti yang dipengerusikan oleh Mahathir dan Presiden oleh Mukhriz Mahathir itu merupakan parti orang melayu dan bumiputera yang ikhlas ditubuhkan untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara.

Pengerusinya Tun Mahathir berkata, ketika ini orang melayu berpecah belah dan hilang kuasa gara gara sikap tamak.

Parti Pejuang baru sahaja mendapat kelulusan pendaftarannya iaitu pada 8 Julai yang lalu.

Tun Mahathir juga berkata, pemimpin Melayu kini bukan lagi mengutamakan kepentingan rakyat, tetapi sibuk mencari peluang untuk menjadi kaya apabila menyertai politik.

“Pejuang adalah parti melayu dan tidak macam yang lain di mana ikhlas dan jelas. Kita sedar negara ini adalah asalnya orang Melayu dan rela berkongsi dengan lain tapi berkongsi bukan sehingga menjadi hina.

“Orang Melayu kini sudah berpecah dan hilang kuasa kerana tamak. Mereka bukan hendak berkhidmat tapi nampak peluang yang lumayan seperti jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi syarikat kerana semua itu adalah duit,” kata beliau.

Tun Mahathir juga dilaporkan berkata, beliau tidak akan bekerjasama dengan parti yang memerintah sekarang kerana ia zalim dan bergelumang dengan rasuah.

Tun Mahathir berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kelulusan pendaftaran parti tersebut. Turut hadir ialah Presiden Pejuang Dato Seri Mukhriz Mahathir serta Timbalan Dato Marzuki Yahya.

Kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Malaysia Gazzete

Leave a Reply

%d bloggers like this: