Polis Siasat, Dinding Masjid Diconteng Amaran Menggunakan Cat Merah

Ipoh, dinding pagar sebuah Masjid di Taman SPPK Pasir Puteh diconteng dengan menggunakan cat merah.

“Jangan buka bunyi terlalu kuat” begitulah tulisan yang diconteng dekat tembok pagar pintu masuk Masjid tersebut.

Ketua Polis daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hasan berkata, kes itu sedang disiasat selepas menerima laporan dari seorang Ahli Jawatankuasa Masjid yang berusia 60 tahun pada pagi semalam.

AJK Masjid terbabit yang menyedari terdapat kesan pada tembok pintu masuk Masjid apabila dia tiba ke Masjid bersama isterinya pada pukul 5.15 pagi.

Menurut pihak Polis, Muadzim di Masjid tersebut akan mengalunkan bacaan Al Quran selama 10 minit sebelum azan Subuh.

Kes disiasat dibawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadah dan boleh dihukum denda atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: