TMJ Nasihat Ahli Politik Lakukan Gencatan Politik, Tumpu untuk Memerangi Covid-19

Tengku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi hantaran di halaman Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, menasihatkan agar ahli ahli politik di Negeri Johor mengenepikan perbezaan politik dan fokus kepada untuk membantu rakyat.

Ini mungkin berikutan ada kedengaran khabar angin yang mengatakan ada Ahli Dewan Undangan Negeri Adun yang akan menarik balik sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ditetajui oleh Umno.

Namun Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menafikan khabar angin tersebut, menurutnya tiada Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan menarik balik sokongan kepada Kerajaan Negeri sekarang.

Menerusi hantaran Facebook itu juga, Tengku Mahkota Johor menasihatkan agar ahli ahli politik melakukan gencatan politik buat sementara waktu. Beri tumpuan untuk menangani Pandemik Covid-19 dan membantu memulihkan ekonomi yang semakin membimbangkan.

Petikan Berita dari BH Online

“Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara” itu adalah nasihat yang agak ‘pedas’ ditujukan kepada ahli ahli politik.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Leave a Reply

%d bloggers like this: