I-Citra Dinaikkan kepada RM10,000 Secara Lump sum – Dr. Asyraf Wajdi Mohon Pertimbangan Kerajaan

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui status facebooknya mengesa pengeluaran KWSP i-citra dipercepatkan. Selain itu beliau juga memberi cadangan agar pengeluaran i-citra dinaikkan daripada RM5,000 secara ansuran bulanan kepada bayaran lump-sum sebanyak RM10,000.

Dr Asyraf mengesahkan beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dan menyampaikan hasrat majoriti rakyat Malaysia yang kini semakin hari makin tertekan dengan bebanan kewangan berikutan tidak dapat bekerja ekoran perintah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0.

Menurut KP Umno itu, ramai golongan kategori M40 antara yang paling terkesan tetapi golongan ini kurang mendapat bantuan daripada kerajaan. Golongan ini juga antara yang paling banyak menyumbang kepada pergerakan ekonomi negara, tetapi kini mereka terbeban dengan komitmen untuk melangsaikan hutang masing masing.

Golongan kategori M40 yang bekerja swasta antara yang mempunyai simpanan KWSP yang tinggi, adalah wajar bagi pihak kerajaan untuk menaikkan jumlah pengeluaran i-citra kepada jumlah minimum RM10,000.

Selain dapat membantu golongan yang terkesan akibat Pandemik Covid-19, pengeluaran KWSP i-citra ini juga secara tidak langsung boleh merancakkan kembali ekonomi negara.

Ini kenyataan terbaru Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan pelantikan Datuk Ahmad Faizal sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri “Harapnya lepas ni boleh nasihat PM supaya penuhi #TuntutanRAKYAT termasuk tambahan bantuan untuk rakyat melalui BKP dan BKC”

“Kalau susah juga nak guna duit Kerajaan, lukuskanlah permintaan rakyat untuk keluarkan duit mereka daripada KWSP dengan jumlah lebih tinggi iaitu RM10,000 secara one-off dan Moratorium tanpa faedah terakru.” Tulis Dr Asyraf di Facebook.

Menurut kenyataan Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada hantaran di Facebooknya yang bertarikh 15 Ogos 2021 beliau berkata, rakyat bukan saja saja tuntut.

“Rakyat sudah dikurung secara sia-sia atas nama Total Lockdown selama 3 bulan, tak dapat berniaga, tiada pendapatan, tak dapat buat OT macam biasa, tidak dapat gaji tetap”

“Tanggungan bulanan meningkat, simpanan sudah licin, komitmen tetap kena tanggung, hutang meningkat”

Tambah beliau rakyat cuma mahukan pengeluaran wang mereka sendiri dari KWSP. Rakyat mahukan pengeluaran i-Citra RM 10,000 sekaligus, bukan macam sekarang RM 1,000 setiap bulan dihadkan RM 5,000 sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Leave a Reply

%d bloggers like this: