Pesawat Airbus A380 untuk Dijual, Siapa Berminat Boleh Hubungi MAG.

Malaysia Aviation Group Berhad MAG sebuah anak syarikat induk Malaysia Airlines ingin melepaskan 6 Pesawat Airbus A380-800 atau komponennya.

Syarikat induk Malaysia Airlines itu mengesahkan telah memberikan notis kepada sesiapa yang berminat untuk membeli pesawat atau komponennya pada 12 Julai 2021.

Ini berikutan keputusan kumpulan untuk tidak lagi menggunakan Pesawat A380 selepas penyusunan semulan syarikat selesai pada Mac 2021.

Kepada pihak atau syarikat yang berminat boleh menghantar borang cadangan selewat lewatnya 12 Ogos 2021.

Malaysia Airlines dilaporkan telah berjaya menstrukturkan semula semua hutangnya hanya dalam tempoh empat bulan setengah. Ini menjadikan Malaysia Airlines menjadi organisasi yang paling pantas berjaya melakukan penstrukturan semula hutangnya.

Pelan penstrukturan oleh Malaysia Airlines itu melibatkan 75 pemiutang yang melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM15 Billion.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: