Apa yang Caprice Tidak Puas Hati dengan Ustaz Ebit Lew dan Bodyguard

Penyanyi rap dan merupakan usahawan, Caprice mendedahkan di instagram miliknya mengenai ada sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku mengenai misi bantuan UEL di Gaza, Palestin.

Melalui platform instagram stories miliknya, Caprice mempersoalkan dan menkritik tingkah laku UEL semasa melaksanakan misi bantuan disana. Penyanyi itu juga dilaporkan akan mendedahkan sesuatu yang mengejutkan mengenai misi itu pada 21 Julai ini.

Seperti yang semua tahu, Caprice juga telah berangkat ke sana pada 24 Jun yang lalu untuk misi bantuan ke Gaza, namun sehingga sekarang penyanyi itu masih belum berjaya memasuki Palestin lagi dan kini masih berada di Kaherah, Mesir.

Beliau berkata menerima banyak rungutan dari penduduk di sana mengenai cara UEL menyampaikan bantuan. Antaranya mengenai photo UEL memberikan hadiah mainan kepada seorang kanak kanak miskin yang didakwa diminta untuk bergaya dua kali dihadapan kamera.

Selain itu isu UEL memberikan sumbangan wang tunai juga dipersoalkan, pemberian wang tunai kepada orang dewasa secara ‘tidak berlapik’ dikatakan boleh menjatuhkan maruah orang arab. Caprice berkata ini telah mencemarkan imej Malaysia, justeru itu beliau merayu akan dibenarkan untuk masuk kesana bagi memulihkan keadaan.

Caprice mendakwa beliau sudah menghantar teguran secara personal kepada UEL, akhirnya beliau telah disekat di instagram UEL. Beliau berkata lagi pendedahan ini hanyalah 10% sahaja, nanti pada 21 Julai beliau akan mendedahkan kesemuanya apa sebenarnya yang berlaku ketika misi bantuan ke Gaza.

Melalui instagram stories juga Caprice dilihat menyindir individu yang dikatakan pengawal peribadi UEL. Ramai peminat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, isu ini sepatutnya boleh diselesaikan secara bersemuka bukan melalui media sosial atau dengan orang perantaraan.

Ramai Netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Caprice ini, ia boleh menjatuhkan imej Ustaz Ebit Lew, lebih lebih lagi UEL masih dalam kesedihan kerana baru sahaja kehilangan bapa yang telah meninggal dunia.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan komen untuk kami menambah baik halaman ini.

Sumber Instagram Caprice

Leave a Reply

%d bloggers like this: