Ebit Lew Selamatkan Warga Emas yang Tinggal Didalam Binaan Terowong Longkang Terbengkalai

Walaupun masih bersedih dengan pemergian Ayahnda tercinta yang baru meninggal dunia, Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan kerja kerja membantu orang ramai.

Kali ini warga emas yang tiada tempat tinggal, hanya menjadikan binaan terowong longkang yang terbengkalai di padang berhampiran sebuah Tokong sebagai tempat berteduh.

Lebih menyedihkan, warga emas yang berumur 62 tahun itu tinggal bersama adiknya yang berusia 50 tahun di dalam terowong longkang yang sempit.

Ketika UEL tiba disitu kebetulan hujan turun dengan agak lebat, ‘Uncle’ yang berbangsa cina berada di situ seorang diri manakala adik beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum kumpulan UEL mendapatkan rumah untuk disewa, beliau membawa ‘uncle’ ke pasar raya untuk membeli pakaian baru serta mengantikan tongkat untuk memudahkan ‘uncle’ berjalan, kemudian membawa ke kedai gunting rambut.

‘Uncle’ yang sudah tidak mampu untuk bekerja tidak lagi boleh untuk membayar sewa rumah. Alhamdulillah, dengan bantuan UEL akhirnya ‘uncle’ telah dapat kembali tinggal dirumah seperti orang lain.

UEL telah bersetuju untuk membayarkan sewa bulanan rumah sebanyak RM700 dan juga membekalkan makanan untuk ‘uncle’ dan juga adiknya.

Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah terkenal di negara ini baru pulang dari misi bantuan di bumi Gazza Palestin. Kumpulan beliau menjadi pasukan pertama dari seluruh dunia yang dibenarkan masuk kesana, kerana pintu masuk kesana dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Mesir.

Sejurus tiba ke Malaysia, beliau terpaksa menjalani perintah kuarantin selama 2 minggu sebelum dapat berjumpa dengan ahli keluarga. Semasa beliau dalam tempoh kuarantin bapanya dilaporkan sedang nazak di hospital kerana menghidapi penyakit kanser tahap 4. Ketika masih bersedih dengan kematian bapanya, timbul pula isu yang di bawa oleh seorang penyanyi rap yang mengkritik tentang cara beliau menyampaikan bantuan di Palestin.

Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit Lew untuk terus menyantuni masyarakat dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber FB Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: