Akibat Wabak Pandemik Virus-19, Keluarga Ini Terpaksa Tinggal di Kaki Lima Kerana Tidak Lagi Mampu Membayar Sewa

Semakin hari semakin parah kesan Pandemik Covid 19 kepada ekonomi, ramai yang terkesan lebih lebih lagi yang bekerja sebagai buruh apabila pendapatan mereka hanyalah bergantung kepada gaji harian. Akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP3.0 banyak premis ditutup ramai yang tidak dapat keluar bekerja bagi menampung keperluan harian.

Che Nor Kamarulzaman 24 tahun, dari Raub Pahang dan isterinya Zakiah binti Wan Daud 29 tahun, dari Kulim Kedah, mereka datang ke Kuala Lumpur bersama dua orang anak, Nor Diana Maisara 7 tahun dan Mohd Amirul Afiq 4 tahun.

Kamarulzaman yang sebelum ini bekerja menjual ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur sudah tidak bekerja kerana Pasar Borong itu tidak dapat beroperasi. Ini meyukarkan bagi Kamaruzaman untuk menyelesaikan bayaran sewa rumah sebanyak RM350 sebulan.

Amat sukar untuk Kamarulzaman bertahan, lebih lebih lagi dengan anak anak yang masih kecil untuk mengharungi hidup seharian di Kuala Lumpur. Mereka sebelum ini terpaksa tidur di hadapan Hotel Garden Inn Kuala Lumpur, kerana mudah untuk mendapatkan bekalan makanan yang disumbangkan oleh NGO.

Dengan bantuan kewangan dari NGO yang membayar sebahagian dari sewa rumah, kini buat sementara mereka telah ditempatkan di Flat Sri Saujana Kuala Lumpur.

Ini adalah hanya salah satu dari keluarga yang terkesan, namun hakikatnya ramai lagi diluar sana yang kini terpaksa menjadi gelandangan akibat wabak Pandemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda tanda akan reda.

Sila kongsi dan viralkan untuk membantu mereka semua.

Sumber The Malaysia Insight

Leave a Reply

%d bloggers like this: