PDRM Keluarkan Amaran, Siapa yang Pelan Nak Balik Beraya Di Kampung Baik Fikir Dulu

Tarikh Hari Raya Korban tahun ini jatuh pada 20 haribulan Julai, iaitu hari Selasa yang kebetulan pula sama dengan cuti sekolah.

Walaupun negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP, terdapat juga ramai orang yang merancang atau ada yang telah balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Berikutan itu pihak Polis Diraja Malaysia PDRM telah mengeluarkan notis yang untuk melarang orang ramai daripada merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI.

Pihak PDRM berkata, mereka telah mengesan peningkatan mendadak jumlah kenderaan yang berada di lebuhraya sepanjang tempoh dua hari ini.

Bagi mengelakkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan surat kebenaran daripada MITI untuk merentas negeri Sekatan Jalanraya Raya SJR akan diperketatkan disetiap pintu masuk sempadan negeri negeri.

Semua SJR diarahkan untuk tidak menerima sebarang surat kebenaran MITI untuk aktiviti rentas negeri bermula dari tarih 18, Julai sehingga 20, Julai 2021.

Walaubagaimanapun, larangan ini tidak terpakai bagi urusan urusan kecemasan dengan kebenaran polis dan juga untuk aktiviti kesihatan (suntikan vaksin).

Kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung harap boleh bersabar dulu, walaupun ramai yang sudah divaksin tetapi itu tidak menjamin untuk kita tidak dijangkiti. Selain itu, kita juga mungkin tidak sedar yang kita mungkin akan menjadi salah seorang pembawa virus kepada keluarga di kampung.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: