Pemenang Peraduan Bertuah Anjuran Syahmi Sazli Menerima Hadiah Sebuah Proton Saga Baharu

Amirul Bin Hasan, 26, dari Machang Kelantan, menjadi pemenang utama cabutan bertuah yang dianjurkan oleh selebriti internet Syahmi Sazli.

Program yang telah dijalankan secara langsung di 4 platform online milik Syahmi Sazli bermula pukul 8.45 malam dan berakhir pada pukul 10.45 sebentar tadi.

Amirul, Pemenang utama

Amirul ternyata bertuah, dengan hanya membeli sebotol pewangi haruman kereta yang dijual oleh Syahmi secara dalam talian melalui aplikasi Shopee membolehkan beliau memenangi sebuah kereta Proton Saga 1.3 Auto Baharu.

Manakala hadiah ditempat kedua pula berupa sebuah Motosikal Yamaha NVX V2 yang menjadi milik Hikamar Hakimi Abd Rahman.

Hadiah tempat kedua Sebuah Motosikal

Syahmi juga turut ditemani oleh Asif untuk membantu beliau membuat cabutan dan seterusnya memilih para pemenang. Setiap pemenang akan dipilih secara rawak oleh Asif ataupun Syahmi, dan pemenang akan dihubungi terlebih dahulu untuk mengesahkan nombor siri secara langsung.

Sebanyak 20 hadiah telah disediakan oleh Syahmi kepada para pemenang. Antara hadiah yang disediakan ialah seperti Gold Bar 1 gm, Rice Cooker, Apple Watch, Vivo Smart Phone, I Phone dan Dyson Pure.

Bagi menyertai peraduan ini, orang ramai hanya perlu membeli Pewangi Haruman Kereta berjenama ‘Blank’ yang dijual oleh Syahmi secara atas talian melalui aplikasi Shopee.

Syahmi dan Asif Menghubungi Pemenang

Hebat anak muda ini, walaupun sekarang ramai yang terkesan dengar penularan wabak COVID-19 tetapi beliau masih mampu mengadakan program yang sebegini.

Diharapkan Pandemik Covid-19 ini akan cepat berakhir, ramai peminat yang tertunggu tunggu gelagat Asif, Yoe Parey dan kawan kawan yang lain beraksi dalam siri siri drama yang terbaru.

Syabas juga kepada Syahmi Sazli dan ahli kumpulan yang lain, tidak dapat dinafikan beliau seorang yang rajin dan bijak mengambil peluang. Semoga terus maju jaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Fb Syahmi Sazli.

Leave a Reply

%d bloggers like this: