Sukur Ibrahim, Insan OKU yang Hebat

Bersama Anak dan Isteri

Hebat, tiada perkataan lain yang lebih sesuai untuk kami mengambarkan insan ini, Mohd Sukur bin Ibrahim, seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) sejak dilahirkan lagi.

Walaupun mempunyai kekurangan yang amat ketara dari segi fizikal berbanding orang lain, ini tidak menghalang Sukur untuk mengecap bahagia dan berjaya dalam hidupnya.

Syukur yang merupakan seorang Usahawan, Penceramah Motivasi dan Penulis Buku itu berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup beliau di Facebook miliknya.

Sewaktu di luar negara

Bukan senang tau nak mendidik anak OKU. Kekurangan fizikal saya sangat jelas ni, lagilah memerlukan push factor yang besar supaya saya mampu hidup dalam masyarakat.

Alhamdulillah mak dan abah memang berjaya didik saya dengan jayanya. Keputusan menghantar saya ke pusat Program Pemulihan dalam Komuniti PDK seawal usia 5 tahun memang wajar. Abah dan mak ke hulu ke hilir mencari maklumat dan panduan untuk memastikan saya mampu hidup dalam masyarakat. Besar jasa mereka.

Sampai habis darjah 6, bila hujung minggu saya memang akan sertai aktiviti di PDK Kg Pinang. Paksa rela oleh abah. Bernyanyi di khalayak ramai, bersyair dan bersajak di hadapan VVIP. Semuanya dipaksa oleh abah.

Abah bukan siapa-siapa, askar yang bermula dengan pangkat prebet, tapi ketegasan dia seperti Panglima Perang kepada saya. Hehe. Terima kasih mak dan abah hantar Syukur ke PDDK Kg Pinang. Moga Firdausi buat kalian.

Di PDK rakan rakan saya ada pelbagai kekurangan upaya tersendiri. Ada yang buta, pekak, bisu, Syndrown Down, CP. Masa tu saya yang paling boleh uruskan diri sendiri, mampu mendengar dan menerima arahan. Sayalah ketua geng! Seronok kami semua berkawan. Sampai sekarang kami masih berhubung.

Saya yang mendapat kasih sayang dari ibu bapa, adik beradik, saudara mara, dan guru guru pun ada masanya sangat down, sangat patah semangat, sangat berdukacita dengan cabaran yang mendepani kerana KURANG nya UPAYA nya saya….. Apatah lagi anak anak OKU yang terbiar tanpa jagaan malah lebih teruk didera semahunya…..

Sayangilah kami, warga OKU yang juga punya hak untuk hidup dan gembira. #tolongshare #justiceforbella #okuTapiOk

Apa yang kami paparkan diatas adalah luahan dari Sukur, seorang OKU yang sangat hebat dan berjaya. Tidak ramai yang memiliki hati secekal beliau termasuklah dari kalangan orang-orang yang normal. Semoga beliau menjadi inspirasi kepada insan OKU yang lain dan diharapkan juga agar beliau terus maju jaya.

Sumber Fb Mohd Sukur bin Ibrahim

Leave a Reply

%d bloggers like this: