‘Pok Ya Cong Codei’ Kecewa Dengan Sikap Segelintir Orang yang Masih Berdegil untuk Balik Beraya di Kampung

Sabri ibnu Yunus, atau lebih dikenali dengan gelaran Pok Ya Cong Codei meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan PKP untuk balik menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.

“Ambo secara peribadi tak faham kalau ada lagi orang nak balik semata-mata nak sambut raya haji”. tambah beliau, jangan kerana nak menyambut hari raya satu atau dua hari menyebabkan tempoh PKP dilanjutkan kepada sebulan lagi.

Tegas beliau lagi, PKP dibuat disambung atau tidak, bergantung kepada kes positif samada meningkat atau menurun. Namun masih ada yang mengatakan kes Covid-19 adalah tipu.

“pun dengan melaungkan kerajaan gagal adakah covid ini akan hilang?” Sabri juga berkata, persoalan gagal atau tidak itu perkara lain, isu penularan wabak ini kita perlu berjaga jaga.

Pelakon, Pengarah dan juga Penerbit itu juga berkata apakah perbuatan dengan balik kampung ini bertujuan untuk membuktikan Covid-19 itu tidak benar, atau untuk membuktikan kuman ini adalah buatan manusia. Hatta ia buatan manusia sekalipun kita tetap perlu mengawalnya agar tidak terus merebak. Kuman itu tidak akan pergi dengan sendirinya.

“Masih ada yang kata kita hanya perlu takut tuhan…. Apa kah menjaga diri dari jangkitan ini kita tidak takut tuhan”

Tengoklah keadaan di hospital suasana mayat tak terurus, tengoklah orang-orang yang menunggu bantuan makanan, semua ini terjadi kerana kes meningkat. Berbangga kah kita sekiranya berjaya lolos untuk balik ke kampung dan menjadi penyumbang kepada semua masalah ini.

Panjang lebar luahan dari ‘Wan Ismail Golok’ kali ini.

Sabri Yunus juga meletakkan photo Ibunya yang berusia 80 tahun, yang baru selesai menerima suntikan vaksin kali kedua. Jelas kerinduan tergambar dari luahan beliau buat ibunya yang berada di kampung.

Sehubungan itu bagi mengelakkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat kebenaran untuk tujuan rentas negeri, PDRM tidak lagi mengiktiraf surat kebenaran yang dikeluarkan oleh MITI, Sekatan Jalanraya akan diperketatkan disetiap sempadan dan pintu masuk ke negeri negeri.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook Sabri ibn Yunus

Leave a Reply

%d bloggers like this: