Tertekan Kerana Potong Barisan, Apa yang Pemandu Teksi Ini Buat Sangat Mengejutkan

Viral satu video berdurasi lebih kurang 1 minit, menunjukkan seorang pemandu teksi bertindak agresif memandu dan melanggar kereta yang di letakkan di petak parking.

Kejadian dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. Menurut perakam video tersebut, pemandu teksi bertindak sedemikian kerana tertekan, apabila ada pemandu teksi yang lain memotong giliran semasa menunggu untuk mengambil penumpang.

Seperti yang kita sedia maklum, kesan ekonomi akibat Pandemik Covid-19 ini makin menekan, ramai yang terkesan. Akibatnya ramai yang mengambil jalan singkat seperti membxxxh diri.

Antara yang teruk terkesan ialah para pemandu pemandu teksi, terutamanya yang menjalankan operasi di lapangan lapangan terbang ini berikutan kekurangan mendadak penumpang penumpang kapal terbang.

Tidak mustahil perkara begini boleh berlaku, selepas lama menunggu untuk mengambil penumpang, bila tiba sampai giliran kena ‘sailang’ pula. Siapapun pasti akan marah, dan jika kurang sabar perkara sebegini akan berlaku.

Walau bagaimanapun, bila dan di mana video itu di ambil tidak dapat dipastikan. Namun yang pasti rakyat sudah penat, ada yang sudah tidak mampu lagi bertahan.

Photo Arkib

Diharapkan bantuan segera perlu dipercepatkan, pastikan tiada seorang pun rakyat yang memerlukan terlepas dari mendapat pertolongan, ekonomi perlu dipulihkan, rakyat perlu bekerja, perut harus diisi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: