Solat Aidiladha Tepi Jalan, 49 Lelaki Direman Kerana Melanggar SOP Standard

Portal berita Bernama, melaporkan seramai 48 lelaki warga asing dan seorang warga emas rakyat tempatan di reman oleh pihak berkuasa kerana mengerjakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka dan di tepi jalan berdekatan dengan Surau Taman Pelangi, Juru.

Kesemua mereka ditahan untuk disoal siasat kerana melanggar SOP standard Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Dianggarkan seramai lebih kurang 200 orang warga asing telah datang untuk solat Sunat Aidiladha di surau tersebut, menyedari perkara tersebut pihak AJK surau telah menutup pagar bagi menghalang mereka dari masuk ke. surau.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Maha Majistret Bukit Mertajam Haliza Razak selepas menerima permohonan dari polis.

Kesemua warga asing yang berumur diantara 20 dan 43 tahun itu direman selama 4 hari, manakala seorang warga tempatan yang 62 tahun direman selama 1 hari, bermula hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku secara spontan, dan pihak surau juga tidak menghalang mereka untuk solat atas sensiviti agama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana cuai dan boleh menyebabkan penyebaran jangkitan berbahaya kepada mereka.

Kesemua suspek dilaporkan telah tiba ke mahkamah pada pukul 10 pagi tadi dengan memakai baju lokap.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Bernama.

Leave a Reply

%d bloggers like this: