UEL Buat Laporan Polis, Akan Jawab Semua Fitnah Esok Secara Live

Isu yang melibatkan Pendakwah terkenal tanah air Ustaz Ebit Lew memasuki fasa yang lebih mendebarkan. Ini berikutan pendedahan panjang lebar dari seorang aktivis bantuan kemanusiaan Palestin, Nadir Al Nuri.

Menerusi tulisannya itu, Nadir menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi semasa misi bantuan kumpulan Ebit Lew di Gaza, Palestin. Beliau juga memberitahu ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya dilakukannya oleh kumpulan Ebit Lew semasa misi tersebut. Selain itu beliau juga membetulkan salah faham yang terjadi antara beliau dan kumpulan Ebit Lew.

Beliau yang dijadualkan akan mengadakan program Live bersama sebuah portal berita bahasa melayu pada malam ini, walaubagaimanapun telah membatalkan program tersebut pada saat saat akhir.

Pada masa yang sama, pihak Ustaz Ebit Lew juga telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis pada petang tadi di Balai Polis IPD Dang Wangi. Peguam Ebit Lew menjelaskan pada sidang akhbar selepas laporan polis itu dibuat, akan memantau mana mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah serta akan mengambil tindakan undang-undang.

Ustaz Ebit Lew menegaskan segala fitnah yang dilemparkan kepada beliau adalah tidak benar. Sebentar tadi di status facebooknya, Ustaz Ebit Lew berkata akan menjawab segala persoalan dan fitnah yang ditujukan kepada beliau esok pada pukul 12 tengahari secara live.

“Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya”

“Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih”

“Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.”

Ramai menyambut baik dengan apa yang akan dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew, ini bagi mengelakkan fitnah dan pertelingkahan sesama kita. Semoga ada pengakhiran yang baik untuk semua ini.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber FB Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: