Damaikanlah Mereka UEL, Nadil Al Nuri dan Bro Firdaus Wong.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan ikon ikon ini pastinya mengetahui antara mereka ini sedang berlaku sedikit konflik.

Disini kami kongsikan luahan seorang yang bernama Abdul Muen Abadi yang menyeru agar mereka ini berdamai.

“Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir Al anuri, dan Firdaus Wong”

“Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga tiga insan ini untuk ummah. Nadir Al Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah”

“Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah, Firdaus Wong berkali kali diugut bunuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran. Pengorbanan ketiga tiga insan ini hampir tiada taranya”

Beliau lagi menambah “Allah tidak sekali kali akan lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah tidak akan sekali kali lupa bagaimana Nadir Al Nuri berusaha keras membangunkan ekosistem, kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajah dan diperangi”

“Allah tidak sekali kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia dan akhirat dan dalam masa sama mendepani golongan ekstremis”

“Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu satunya manusia yang sempurna dan bebas dari dosa telah wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun baginda perlu mengalihkan kakinya”

“Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta benda baginda hinggakan wakaf tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda”

Tambah beliau lagi “Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar besarkan dan diulang ulang. Lebih parah, tanpa kira sedari api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga lagakan insan insan yang sama melakukan kebaikan”

“Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan – bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.”

“Saya menyeru rakan rakan untuk sama sama kita menyeru usaha pendamaian secara baik antara UEL dan Nadir Al Nuri ini. Sunguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajah terus berkuasa membantai saudara kita. Sunguh ruginya kita berpecah belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala ramai yamg memerlukan perhatian dan dan sumbangan”

“Betapa ruginya kita berpecah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut oleh kuasa besar China dan Filipina di PBB”

Itulah adalah tulisan dari Abdul Muein Abadi, dan di akhirnya beliau tinggalkan dengan petikan daripada Hadis Nabi Muhammad SAW

“Jauhilah sangka buruk kerana, kerana bersangka buruk itu adalah ucapan yang paling dusta; janganlah mencari cari isu; Janganlah mencari cari kesalahan; Janganlah saling bersaing (dengan buruk); Janganlah saling dengki mendengki; Janganlah saling memarahi; dan janganlah saling memusuhi, sebaliknya jadilah kalian hamba hamba Allah yang bersaudara” Hadis riwayat Muslim.

Sumber : Abdul Muein Abadi

Leave a Reply

%d bloggers like this: