Cukuplah Sampai di Sini, Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Pada Semua

Seperti yang semua maklum, beberapa hari ini kita disajikan dengan berita sedikit salah faham antara Aktivis Palestin Nadir Al Nuri dengan Pendakwah terkenal tanah air Ustaz Ebit Lew.

Kemuncak salah faham ini apabila saudara Nadir menjelaskan secara panjang lebar berkenaan Misi Bantuan kumpulan Ebit Lew di Gaza dan selepas itu UEL membuat siaran langsung di akaun media sosial milik beliau bagi menepis segala tohmahan.

Namun hari ini, UEL telah memuat naik permohonan maaf kepada semua orang dan mengharapkan konflik ini akan berhenti cukup sampai di sini sahaja. Melalui kenyataan itu juga UEL berkata beliau juga memaafkan semua orang yang pernah menyakitinya dengan kata kata dan tohmahan, dan kepada mereka yang melukakan perasaan arwah bapanya dan juga keluarga beliau.

” Saya benar benar maafkan semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya, saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajal, bodoh, babi, penunggang dan lain lain”

Beliau juga berpesan agar melupakan perselisihan ini, sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk membantu mereka mereka yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 ini.

“sedang kita berselisih begini lagi ramai orang miskin dan anak yatim yang kelaparan, ramai yang kehilangan pekerjaan, dan tempat tinggal”

“Bila dua orang berselisih, kedua duanya tidak untung, yang untung hanyalah Syaitan” ujar beliau.

“Sekali lagi saya minta maaf, cukuplah sampai di sini ye, Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan untuk mak dan ayah saya”

Rata rata netizen menyambut baik apa yang ingin disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew. Kedua dua mereka UEL dan Nadir Al Nuri adalah hero bagi masyarakat islam, banyak sekali jasa mereka berdua untuk ummah.

Semoga semuanya kembali harmoni seperti sedia kala, agar mereka boleh terus menyumbang untuk kesejahteraan semua.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook Ebit Lew.

Leave a Reply

%d bloggers like this: