Padu beb, Rentas Negeri Beli Nasi Kandar Guna Helikopter

Berita yang tular pagi ini, apabila nasi kandar yang terkenal di Ipoh dikejutkan dengan pelanggan yang datang untuk mengambil makanan yang dipesan menggunakan Helikopter.

Sebuah Helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil 36 bungkus nasi kandar atau lebih dikenali dengan ‘Nasi Ganja’ di sebuah restoran yang terkenal di Ipoh.

Helikopter milik sebuah syarikat swasta itu terbang rendah dan mengejutkan orang ramai yang berada di sekitar bandaraya tersebut.

Kehadiran Helikopter tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash. Beliau mengesahkan Helikopter itu tiba di Padang Ipoh pada pukul 9.55 pagi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) yang dihubungi berkata, Helikopter tersebut diberikan keizinan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sahaja dan tidak mendapat kebenaran untuk mendarat di Padang Ipoh.

Pemilik restoran nasi kandar itu juga memberitahu beliau ada menerima tempahan 36 bungkus nasi kandar dengan pelbagai jenis lauk oleh seseorang dari Kuala Lumpur.

Walaupun pada awalnya beliau agak meragui pesanan tersebut, kerana pelanggan memberitahu akan datang mengambil pesanan yang ditempah menggunakan Helikopter.

Namun beliau berasa sangat terkejut kerana tempahan itu benar, dan ada Helikopter yang datang mengambil pesanan tersebut. Beliau juga menambah ini adalah pesanan yang paling mewah pernah diterima.

Ramai netizen yang mempertikaikan bagaimana mereka boleh merentas negeri hanya semata mata untuk menikmati ‘Nasi Ganja’.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: