Doktor Tolong Jangan Mogok, Sekarang Bukan Masa yang Sesuai

Tular berita yang memberi kerisauan kepada orang ramai apabila Doktor kontrak dilaporkan akan mengadakan mogok pada hari Isnin minggu depan.

Portal berita Utusan dipetik malaporkan, Jurucakap gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr. Umar Baraka bertegas dan mengulangi pendirian bahawa sekumpulan doktor kontrak tetap meneruskan mogok minggu depan.

Ini kerana, katanya, tuntutan utama gerakan tersebut iaitu ketetapan yang jelas berkenaan lantikan tetap mereka ke dalam perkhidmatan tetap kerajaan masih belum diputuskan.

Sehubungan dengan itu, semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Seri Muhyidin Yassin ada mengumumkan beberapa tambahan inisiatif untuk para Doktor kontrak.

Antaranya kerajaan bersetuju memberikan faedah faedah yang sama dengan Doktor lantikan penuh, mere juga diberikan cuti belajar bergaji penuh, tajaan pengajian serta diberikan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas mereka yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama bagi memastikan doktor kontrak melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.

Sememangnya kita akui jasa dan pengorbanan para Doktor kontrak terhadap masyarakat dan negara, namun perbuatan untuk melakukan mogok dikala negara sedang bergelut dengan Pandemik Covid-19 ia adalah sesuatu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Janganlah mengambil peluang ini untuk menghukum kerajaan kerana yang akan menanggung adalah rakyat yang tidak bersalah. Sepatutnya para Doktor kontrak lebih bijak dalam mengambil tindakan dan menyelesaikan segala isu yang berbangkit dengan cara yang lebih baik.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga ada memuat naik di status facebooknya merayu agar para Doktor kontrak tidak meneruskan perancangan untuk mengadakan mogok.

Menurut mantan Perdana Menteri itu lagi, kesianlah kepada pesakit pesakit yang sedang bertarung nyawa, mereka tidak berdosa dan adalah juga menjadi mangsa. Beliau juga mengesa agar Kerajaan tidak bersifat kedekut dengan para Doktor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Budi bahasa budaya kita.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: