Durian Percuma untuk Penduduk Kota Bharu

Penduduk di sekitar Kota Bharu hari ini berpeluang mendapatkan buah durian secara percuma. Menurut berita yang dilaporkan oleh Bernama, buah durian tersebut disedekahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MZ Gold, Murtadhadumizi Mustafa.

Sejumlah 500 hingga 700 biji buah durian yang dianggarkan seberat 1.2 tan telah diagihkan kepada pengguna jalanraya di sekitar Kota Bharu.

Menurut Murtadhadumizi syarikat beliau memperuntukkan sejumlah RM7,000 untuk membeli buah durian dari beberapa pembekal di sekitar Dabong dan Kuala Krai.

Selain dapat membantu pekebun menjual durian berikutan sukar untuk memasarkan hasil tanaman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, program itu juga membolehkan beliau berkongsi rezeki dengan orang-orang kampung yang sukar untuk menikmati durian berikutan harga buah tersebut yang agak tinggi ketika ini.

Menurut taukey emas itu juga, setiap orang akan mendapat 2 atau 3 biji durian bergantung kepada saiz buah tersebut. Program yang dijalankan secara pandu laju itu mensasarkan pengguna pengguna jalanraya di sekitar bandar Kota Bharu.

Menurut reaksi dari netizen ramai yang memuji sikap pemurah yang ditunjukkan oleh syarikat tersebut, kerana dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin menekan ini bukan semua orang mampu untuk membeli buah durian.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: