Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi Positif COVID-19, Kes Jangkitan Melepasi 1 Juta Orang

Media melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disahkan positif COVID-19.

Selain itu, hari ini kes harian Covid-19 di seluruh negara juga meningkat ke angka tertinggi iaitu melebihi 17 ribu kes direkodkan. Manakala angka keseluruhan yang dijangkiti sudah melepasi 1 juta orang. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM pada hari ini.

Terdahulu media melaporkan seramai 35 individu termasuk beberapa orang ahli Parlimen dikatakan positif COVID-19. Ujian saringan yang dijalankan di Parlimen itu sebagai langkah keselamatan bagi mencegah serta mengelakkan penularan wabak COVID-19, ini berikutan persidangan Parlimen akan bermula pada hari isnin ini.

Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Zahid, beliau mengalami jangkitan pada peringkat pertama, dan tidak mengalami sebarang gejala.

Presiden Umno itu juga didapati memuat naik status di halaman Facebooknya mengesahkan beliau kini menjalani kuarantin kendiri di rumah, beliau juga memberitahu yang beliau dalam keadaan sihat tidak mengalami sebarang gejala seperti batuk atau demam.

Setiausaha Umno Datuk Ahmad Maslan juga memuat naik satu status yang menyeru agar ahli ahli Umno mendoakan kesihatan Presiden Umno tersebut. Dengan berita ini juga Presiden Umno itu berkemungkinan besar tidak akan dapat menghadirkan diri ke persidangan Parlimen yang dijangka akan bermula pagi esok.

Semua pegawai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat didapati negatif selepas ujian yang dijalankan di Parlimen, Datuk Mohd Rashid juga negatif beliau ada membuat ujian sendiri (di klinik swasta) dan keputusannya juga negatif.

Beberapa ahli parlimen lain yang telah disaring seperti Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Anuar Musa, Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh juga dilaporkan negatif.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook dan Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: