Bantu Secara Ikhlas Tanpa Mengira Kaum – Sultan Johor

Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan agar bantuan perlu dilakukan secara ikhlas tanpa melibatkan isu perkauman.

Baginda Sultan menegaskan keperluan makanan yang disediakan kepada golongan yang memerlukan mestilah diberi secara ikhlas tanpa memilih kaum dan warna kulit.

Baginda Sultan bertitah, ketika ini terdapat ramai individu tidak mengira kaum yang terkesan dan mengalami kesulitan, ada yang hilang pekerjaan, terputus pendapatan serta kesukaran untuk mendapatkan keperluan makanan.

“Jika mahu membantu mereka yang dalam kesusahan, bantulah semua tanpa mengira kaum dan agama… lakukan secara ikhlas tanpa menimbulkan sebarang isu berkaitan perkauman,” titah Baginda.

Isu ini dibangkitkan oleh Baginda Sultan berikutan kejadian yang berlaku si sebuah kedai runcit semalam di Skudai Johor Bharu, yang terdapat isu perkauman ketika mengagihkan bantuan makanan kepada orang ramai.

DYMM Sultan juga bertitah, baginda sentiasa mengambil berat isu yang melibatkan perkauman, baginda menekankan betapa pentingnya menjaga toleransi antara kaum yang menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

Ini dapat diambil contoh daripada bantuan yang diberikan oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang setiap minggu diagihkan kepada orang ramai tanpa mengira kaum.

“Niat kita adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, tidak perlu menimbulkan soal perkauman dalam bantuan yang dihulurkan” Titah Baginda Sultan.

Sebelum itu, Baginda Sultan juga telah memberikan bantuan kepada penduduk di Tanjung Sedeli yang terlibat dengan bencana alam yang berlaku semalam.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Sumber Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Leave a Reply

%d bloggers like this: